Saturday, 12 December 2015

SOALAN PT2

Assalamualaikum..... pengunjung blog

Untuk mendapatkan contoh soalan PT2 anda boleh link ke bicarayus69.blogspot.my/2015/11/blog-post_22.html

Tajuk : JAHITAN HIASAN

Assalamualaikum :

Anda boleh mengunjungi LINK ini untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk "Jahitan Hiasan"

Tajuk : ENJIN

Hai.......pengunjung blog saya

Di sini saya ingin berkongsi laman blog kawan saya tentang tajuk di atas

untuk menadapatkan nota tentang tajuk " ENJIN 4 LEJANG & 2 LEJANG anda boleh rujuk laman web ini

Sunday, 6 December 2015

PENJAGAAN ANAK POKOK

MENJAGA ANAK POKOK

A. MERUMPUT
- Merumput bertujuan membuang rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan.
- Merumput harus dilakukan untuk mengelakkan persaiangan antara rumpai dan tanaman hiasan bagi mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang.
- Rumpain dapat dicabut dengan tangan atau dengan menggunakan serampang tangan.

B.MENGGEMBUR TANAH
- Melonggarkan tanah adalah aktiviti melonggarkan medium yang sudah keras dan padat.
- Aktiviti ini bertujuan untuk:
  • memperbaiki saliran air dan pengudaraan tanah
  • memudahkan akar menembusi tanah
  • memudahkan akar menyerap air dan nutrien
  • memusnahkan tempat pembiakan perosak dan penyakit
- Menggembur tanah boleh dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip.
- Semasa menggembur tanah, pastikan akar tumbuhan tidak rosak.

C. MEMBAJA
- Tujuan membaja adalah untuk membekalkan nutrien kepada tanaman hiasan.
- Nutrien yang cukup menjadikan tanaman hiasan cepat membesar.
- Pembajaan dilakukan mengikut tempoh yang ditentukan.
- Baja kimia atau baja organik boleh digunakan.
- Siram tanaman hiasan sebaik-baik sahaja selesai kerja membaja.
- jangan menggunakan baja kimia secara berterusan

D. MENYIRAM
- Penyiraman dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari dan perlu ditambah sekiranya keadaan cuaca panas.
- Penyiraman bertujuan supaya:
  • tumbuhan dapat bekalan air yang mencukupi 
  • nutrien dapat dilarutkan
  • air dapat mengangkut garam mineral yang diperlukan
  • tumbuhan dapat menjalankan proses fotosintesis dan transpirasi
- Kekurangan air akan menyebabkan pokok kelihatan layu. Manakala penyiraman yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya pereputan akar dan tumbuhan akan terbantut atau mati.
- Gunakan bekar penyiram atau hos yang mempunyai muncung yang berlubang halus.
- Jangan menyiram tanaman dengan penyiram terlalu tinggi daripada permukaan medium.
- Hal ini akan menyebabkan butiran medium terpercik keluar dari pasu.


ILUSTRASI CARA MEMASU SEMULA


NOTA DAN KUIZ TANAMAN HIASAN DALAM POWER POINT


SILA KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT NOTA TANAMAN HIASAN DALAM POWER POINT NOTA DAN KUIZ


Anda juga boleh menambahkan maklumat dengan melayari laman blog kawan saya berkaitan tajuk di atas