Sunday, 6 December 2015

PENJAGAAN ANAK POKOK

MENJAGA ANAK POKOK

A. MERUMPUT
- Merumput bertujuan membuang rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan.
- Merumput harus dilakukan untuk mengelakkan persaiangan antara rumpai dan tanaman hiasan bagi mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang.
- Rumpain dapat dicabut dengan tangan atau dengan menggunakan serampang tangan.

B.MENGGEMBUR TANAH
- Melonggarkan tanah adalah aktiviti melonggarkan medium yang sudah keras dan padat.
- Aktiviti ini bertujuan untuk:
  • memperbaiki saliran air dan pengudaraan tanah
  • memudahkan akar menembusi tanah
  • memudahkan akar menyerap air dan nutrien
  • memusnahkan tempat pembiakan perosak dan penyakit
- Menggembur tanah boleh dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip.
- Semasa menggembur tanah, pastikan akar tumbuhan tidak rosak.

C. MEMBAJA
- Tujuan membaja adalah untuk membekalkan nutrien kepada tanaman hiasan.
- Nutrien yang cukup menjadikan tanaman hiasan cepat membesar.
- Pembajaan dilakukan mengikut tempoh yang ditentukan.
- Baja kimia atau baja organik boleh digunakan.
- Siram tanaman hiasan sebaik-baik sahaja selesai kerja membaja.
- jangan menggunakan baja kimia secara berterusan

D. MENYIRAM
- Penyiraman dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari dan perlu ditambah sekiranya keadaan cuaca panas.
- Penyiraman bertujuan supaya:
  • tumbuhan dapat bekalan air yang mencukupi 
  • nutrien dapat dilarutkan
  • air dapat mengangkut garam mineral yang diperlukan
  • tumbuhan dapat menjalankan proses fotosintesis dan transpirasi
- Kekurangan air akan menyebabkan pokok kelihatan layu. Manakala penyiraman yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya pereputan akar dan tumbuhan akan terbantut atau mati.
- Gunakan bekar penyiram atau hos yang mempunyai muncung yang berlubang halus.
- Jangan menyiram tanaman dengan penyiram terlalu tinggi daripada permukaan medium.
- Hal ini akan menyebabkan butiran medium terpercik keluar dari pasu.


No comments:

Post a Comment